Typical malay memang macam tu. Orang JAIS, JAKIM JAWI baik apa negeri pun cakap macamtu. Tu pasal orang bukan melayu, masuk Islam ada yang give up. Patutnya jabatan2, institusi agama negara dan masyarakat memikirkan masalah kenapa orang bukan melayu di negara kita kalau masuk Islam jadi give up dan kembali pada agama asal. Ini tidak, sibuk nak haramkan Tabasco ada DNA babi, Old Town White Coffee..dan paling terbaru


1. Restoran Ayam penyet haram - hanya kerana tak dapat sijil dan logo pengesahan JAKIM.Berdosa besar kerana fitnah periuk nasi orang lain

2. Minyak Yuyi cap limau untuk sakit perut bayi disebarkan haram, HANYA kerana tiada pengesahan halal

hanya kerana Restoran Ayam Penyet majoriti milik bukan Islam dan bukan bumiputera, Minyak Yuyi ni pengusaha cina

Esok2 apa pulak? Asam taik telinga Mo Fa Kor pulak haram? Burger tepi jalan, orang jual ayam goreng kat pasar malam takda pun sijil halal. Haram kah?

Berbalik pada hal kahwin, orang bukan Islam nak kahwin jadi SUSAH KERANA PEMIKIRAN LAMA dan melabel saudara baru dengan ideologi rendah. Fikir-fikirkan lah

Aku dah muak dengar ustaz dan imam melayu "kita bukan orang cina, orang cina orang india nak meniaga apa, makan apa agama diorang mana ada halal haram macam kita"

Ustaz2 dan Imam2 melayu ini walau berpendidikan agama tinggi, jiwa mereka tertutup, tiada ilmiah tambahan, mereka tidak tahu bahawa Islam sampai China 700 tahun sebelum Nusantara. Dan mereka lupa agama ISLAM bukan untuk melayu sahaja