Tanda Allah mencintai seseorang ialah apabila dosa-dosa, kelalaian, dan kealpaannya terdahulu membawa ia pada Taubat Nasuha dan membuat dia bangkit mendekati Allah.


Kemudian seseorang bangkit mengejar Allah, berusaha mendapatkan hatinya yang hilang di belantara maksiat. Ia sama sekali tidak berputus asa daripada rahmat Allah. Ia sentiasa mengingati janji Allah Yang Maha Pengampun

Firman Allah bermaksud:

“Katakanlah: Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)” 
(Surah al-Zumar, ayat 53-54)